1.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Ahli syurga itu ada tiga golongan iaitu orang yang memerintah yang bersifat adil dan dikurniakan taufiq, <b>orang yang berperasaan kasih sayang serta berhati lembut kepada setiap kaum karabat dan sesama Islam</b>, orang yang tidak suka meminta-minta dan berusaha mengelak daripada meminta-minta sedangkan ia mempunyai keluarga yang ramai”.
Hadith Riwayat Muslim
2.
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:
<b>”Didiklah anak-anak kamu atas tiga sifat iaitu: cintakan nabi mereka, cintakan keluarga Nabi dan membaca al-Quran.”</b>
Hadith riwayat At-Tabrani
<i>Lokasi: Darul Ridzuan</i>
